NOVEMBER 2023

Rancangan Transformasi Sibu Sarawak Bakal Melonjakan Pembangunan Kepada Kapit, Sarikei, Dan Belawai


Sibu, 5 Nov - Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg berkata Kerajaan Sarawak mempunyai rancangan jangka masa panjang untuk membangunkan semula bandar Sibu dalam tempoh 15 tahun dijangka bakal memberikan lonjakkan pembangunan kepada tiga kawasan utama, menurut iaitu Kapit, Sarikei, dan Belawai.

Semasa merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Sibu sempena sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Hotel Kingwood, Abang Johari menjelaskan bahawa beliau mempunyai Pelan Induk baharu untuk Kapit. 

Menurut beliau, Kapit boleh dibangunkan sebagai destinasi bulan madu disebabkan keunikan dan daya tariknya kepada pelancong. Beliau memberi contoh bandar Burgen di Norway sebagai model yang sesuai dengan ciri geografi Kapit yang berbukit-bukau yan cantik.

“Model bandar Burgern itu amat sesuai dengan Kapit yang bergunung-ganang dan pemandangan yang cantik,” katanya.

"Pembangunan ini akan memberi kemajuan kepada Sarawak, terutama dalam sektor pelancongan. Kita juga merancang untuk membangunkan Sarikei dan Belawai sebagai kawasan tarikan pelancongan, serupa dengan destinasi di Hawai," katanya.

Beliau menambah, dengan pengambilalihan syarikat penerbangan Maswing oleh Sarawak, kawasan-kawasan tersebut akan menjadi lebih mudah diakses, memberi peluang besar kepada industri pelancongan Sarawak.

Selain itu, dalam isu tenaga, Abang Johari juga merancang untuk meningkatkan bekalan tenaga di Sarawak melalui projek empangan hidroelektrik melat yang meliputi sungai-sungai kawasan di luar bandar. 

Beliau menambah bahawa projek tersebut bukan sahaja akan meningkatkan bekalan air asli negeri untuk penghasilan tenaga elektrik bahkan akan meningkatkan pembiakan ikan. 

Di bawah air terjun itu boleh dibuat turbin. Jika buat turbin maka terhasilah elektrik. Ikan kita dapat, oksigen dapat dan elektrik pun kita dapat,” kata beliau. 

Dalam usaha merealisasikan rancangan ini, Abang Johari menekankan keperluan sokongan dan perpaduan erat di kalangan ahli Parti PBB dan parti-parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS). 

Beliau juga menegaskan hasrat Parti PBB untuk meningkatkan pendapatan Sarawak sebagai antara penyumbang utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Sumber dari : Sarawakku